Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM TIDAK MENERIMA SEBARANG LAPORAN ISU LOJI AYAM IMPORT

DALAM NEGARA

JAKIM TIDAK MENERIMA SEBARANG LAPORAN ISU LOJI AYAM IMPORT

Gambar Hiasan

KUALA NERUS: Kerajaan setakat ini tidak menerima sebarang laporan berhubung isu loji ayam Thailand dan China yang mengeksport produk ayam ke Malaysia yang didakwa kononnya telah tamat tempoh dan tidak halal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai senarai negara yang diluluskan untuk mengimport masuk produk makanan mereka ke Malaysia.

Sehubungan itu katanya, hanya produk makanan yang memiliki sijil halal dari negara yang diiktiraf itu sahaja yang dibenarkan memasuki negara ini, selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) lain yang ditetapkan.

“Apabila setiap barang nak masuk daripada luar negara, sijil halal tu dikeluarkan oleh negara itu sendiri dan negara tersebut ada kolaborasi dengan pihak halal Malaysia,” katanya ketika ditemui dalam Program Musaadah Asnaf di Masjid Tok Jebal, pagi tadi.

Baru-baru ini tular di laman sosial sebuah video menampilkan seorang penceramah bebas mendakwa loji-loji ayam di Thailand dan China yang mengeskport produk ayam ke Malaysia telah tamat tempoh serta tidak halal.

Namun Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam satu kenyataan mengesahkan semua loji memproses ayam di Thailand dan China bagi aktiviti pengeksportan keratan ayam dan daging ternakan itu ke Malaysia adalah masih sah dan diiktiraf Jakim. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading