Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IMIGRESEN BURU LELAKI BANGLADESH DALAM LAPORAN AL JAZEERA

DALAM NEGARA

IMIGRESEN BURU LELAKI BANGLADESH DALAM LAPORAN AL JAZEERA

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memburu seorang lelaki warga Bangladesh yang muncul dalam dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang diterbitkan oleh agensi berita antarabangsa Al Jazeera.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan JIM, lelaki tersebut dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/69 (Akta 155).

“JIM memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir, nombor passport BW0974403 berumur 25 tahun.

“Alamat terakhir beliau adalah Sirhan Legacy Sdn Bhd, B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew, 55200, Kuala Lumpur,” kata JIM menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat dan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Md Rayhan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera itu dikecam netizen selepas membuat beberapa kenyataan yang mempersoal cara Malaysia mengendalikan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). – AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading