JOHOR BUAT TINDAKAN PENCEGAHAN PENGANJURAN PESTA BUIH
Dikhuatiri acara tersebut akan dihadiri oleh pelanggan yang beragama Islam, maka satu tindakan pencegahan perlu dilakukan. Tambahan lagi, acara tersebut dianjurkan oleh pihak yang bukan warganegara Malaysia.
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan melakukan tindakan pencegahan terhadap penganjuran pesta buih yang bakal diadakan di kolam renang sebuah hotel di bandar raya ini, esok.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah membuat semakan dengan Pejabat Daerah Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan mendapati acara tersebut tidak mendapat permit kebenaran.
Menurutnya setakat ini, pihak hotel memaklumkan akan membatalkan penganjuran acara tersebut.
“Satu pemantauan berterusan akan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAINJ bagi memastikan ketenteraman dan keharmonian masyarakat serta sensitiviti agama dan budaya kekal terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Fared berkata pihaknya difahamkan acara itu akan melibatkan percampuran bebas antara lelaki dan wanita selain pelanggan turut dihidangkan dengan minuman keras dan mengenakan pakaian yang mencolok mata.
“Dikhuatiri acara tersebut akan dihadiri oleh pelanggan yang beragama Islam, maka satu tindakan pencegahan perlu dilakukan. Tambahan lagi, acara tersebut dianjurkan oleh pihak yang bukan warganegara Malaysia,” katanya.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor akan digerakkan sekiranya acara seumpama itu diteruskan.
Terdahulu, Mohd Fared dilaporkan berkata JAINJ berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih itu selepas menerima aduan orang awam susulan jemputan ke parti tertutup itu tular menerusi media sosial.
Datuk Bandar MBJB Datuk Mohd Noorazam Osman dilapor berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran pesta buih itu selain tiada permohonan permit penganjuran dibuat pihak berkaitan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked