SABRI REDAH BANJIR GUNA MOTOSIKAL UBAH SUAI UNTUK BANTU PENDUDUK KAMPUNG
“Saya tinggikan penyerap hentak (absorber), guna getah radiator sebagai sambungan ke karburetor bagi memastikan ia tidak masuk air. Ini penting bagi membolehkan motosikal terus bergerak ketika mengharung banjir,”
Penduduk Sabri Sulaiman, 21, memeriksa motoksikalnya yang telah diubahsuai bagi membolehkan motosikal meredah banjir ketika ditemui Bernama di Kampung Tersang, Rantau Panjang hari ini. –fotoBERNAMA
PASIR MAS: Kreativiti seorang pemuda dari Kampung Tersang, Rantau Panjang di sini, yang mengubahsuai motosikalnya bagi memastikan kenderaan itu dapat meredah banjir secara tidak langsung telah membantu ramai penduduk kampung berkenaan.
Sabri Sulaiman, 21, berkata pada mulanya ubah suai itu dibuat bagi membolehkan dia memantau lembu ternakannya yang diletakkan di tempat tinggi berikutan kampungnya digenangi air.
“Saya pelihara 11 ekor lembu tetapi apabila kawasan kampung dinaiki air saya pindahkan haiwan ternakan itu ke kawasan tebing tinggi di Kampung Lachang yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kampung Tersang.
“Motosikal ini digunakan untuk memudahkan saya mengharungi banjir untuk melihat ternakan tersebut kerana ada kawasan yang tidak dapat dilalui kenderaan biasa termasuk perahu. Jadi, saya ambil inisiatif lakukan modifikasi terhadap motosikal saya ini,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.
Bercerita lanjut, Sabri berkata dia membelanjakan kira-kira RM200 untuk melakukan ubah suai terhadap motosikal jenis Honda Wave 100 itu.
“Saya tinggikan penyerap hentak (absorber), guna getah radiator sebagai sambungan ke karburetor bagi memastikan ia tidak masuk air. Ini penting bagi membolehkan motosikal terus bergerak ketika mengharung banjir,” katanya.
Sabri berkata motosikal tersebut mampu mengharungi banjir separas pinggang orang dewasa dan turut digunakan bagi memberi khidmat kepada penduduk sekitar Kampung Tersang.
“Ada penduduk kampung minta bantuan untuk hantar makanan atau keluar beli barang sekiranya laluan tidak sesuai dilalui sebarang kenderaan, motosikal ini jadi pilihan mereka,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests