Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK PEREMPUAN 12 TAHUN DIROGOL LIMA LELAKI

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK PEREMPUAN 12 TAHUN DIROGOL LIMA LELAKI

DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol lima lelaki di Felda Ketengah Jaya, 29 September lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata, kesemua suspek yang berusia 16 hingga 23 tahun itu berjaya ditahan awal pagi tadi susulan laporan dibuat oleh mangsa.

Baharudin berkata, kejadian berlaku pada 29 September lalu sekitar jam 9 malam.

Mangsa dikatakan ditahan dua suspek ketika menunggang motosikal seorang diri ke pasar malam yang tidak jauh dari rumahnya untuk mengambil ibunya yang berniaga di pasar malam tersebut.

Tambahnya, seorang daripada dua suspek berkenaan yang dikenali mangsa kemudian mengajaknya ke tempat sunyi.

“Sebaik tiba di tempat tersorok dalam ladang sawit, mangsa yang pelik dengan perbuatan suspek cuba menghubungi seseorang untuk meminta tolong, namun telefon bimbit mangsa dirampas,” katanya.

Jelas Baharudin mangsa dipercayai dirogol oleh kedua-dua suspek terbabit sebelum tiga lagi rakan suspek tiba dan turut merogol mangsa.

Menurut Baharudin, kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut.

Mangsa kini dirawat di Hospital Dungun.

Kes tersebut disiasat mengikut seksyen 375(b) Kanun Keseksaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading