Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU MYVI TIADA LESEN, CUKAI JALAN TAMAT TEMPOH, POSITIF METHAMPHETAMINE – AYOB KHAN

DALAM NEGARA

PEMANDU MYVI TIADA LESEN, CUKAI JALAN TAMAT TEMPOH, POSITIF METHAMPHETAMINE – AYOB KHAN

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan pemandu Produa Myvi yang terlibat kemalangan hingga mengakibatkan kematian tiada lesen memandu, cukai jalan kenderaan tamat tempoh dan positif dadah jenis methamphetamine.

Menurut Ayob Khan, hasil siasatan mendapati kereta Myvi yang dipandu seorang remaja perempuan ketika kemalangan tersebut adalah milik tunang remaja berkenaan.

“Pemandu terlibat seorang wanita berusia 23 tahun. Lesen tiada, cukai jalan kenderaan tamat tempoh dan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya kepada media hari ini.

Kemalangan yang meragut nyawa seorang lelaki itu dikatakan berlaku apabila kereta Produa Myvi dipandu wanita berkenaan hilang kawalan lalu merempuh kereta Honda Accord dan Proton Iswara yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Pemandu Honda Accord Mohd Rizal Buseri, 31, yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)  meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Proton Iswara mengalami kecederaan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading