Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KERAJAAN LULUS 13,343 JAWATAN BAHARU KKM

DALAM NEGARA

KERAJAAN LULUS 13,343 JAWATAN BAHARU KKM

Daripada jumlah keseluruhan jawatan yang diluluskan, 7,218 jawatan membabitkan lima skim perkhidmatan utama, iaitu 1,197 Pegawai Perubatan, 239 Pegawai Pergigian, 339 Pegawai Farmasi, 3,471 Jururawat dan 1,972 Penolong Pegawai Perubatan.

PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan sebanyak 13,343 jawatan baharu tanpa tukar ganti di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memperkukuh sistem kesihatan awam serta menyokong pengoperasian fasiliti kesihatan baharu dan yang dinaik taraf di seluruh negara.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kelulusan itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.25 bilion setahun bagi menyokong operasi 256 fasiliti kesihatan.

Daripada jumlah keseluruhan jawatan yang diluluskan, 7,218 jawatan membabitkan lima skim perkhidmatan utama, iaitu 1,197 Pegawai Perubatan, 239 Pegawai Pergigian, 339 Pegawai Farmasi, 3,471 Jururawat dan 1,972 Penolong Pegawai Perubatan.

Baki 6,125 jawatan pula melibatkan pelbagai skim perkhidmatan lain bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

JPA memaklumkan, sejak tahun 2019, sebanyak 66,312 jawatan baharu tanpa tukar ganti telah diperakukan kepada KKM bagi meningkatkan kapasiti sistem kesihatan negara dalam memenuhi keperluan rakyat yang semakin bertambah.

Dalam perkembangan sama, kerajaan turut memperkukuh pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) melalui pengukuhan Unit Pemerkasaan Bumiputera (UPB) di semua kementerian menerusi Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2025.

Langkah itu bertujuan memperkemas penyelarasan, pemantauan dan pelaksanaan 132 inisiatif PuTERA35, termasuk memperkukuh tadbir urus UPB, menjenamakan semula Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera (UPAB) kepada UPB serta meletakkan penyeliaannya di bawah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) atau Timbalan Ketua Setiausaha yang menerajui dasar dan perancangan strategik kementerian.

Menurut JPA, kedua-dua langkah strategik itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keupayaan sektor awam, sekali gus memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, inklusif dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading