Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT DENGAN EMPAT KESAN TEMBAKAN DI KEPALA

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT DENGAN EMPAT KESAN TEMBAKAN DI KEPALA

Seorang lelaki tempatan maut dengan empat kesan tembakan di bahagian kepala dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat, lewat malam tadi. 

Sumber Gambar: Media Sosial

SHAH ALAM: Seorang lelaki tempatan maut dengan empat kesan tembakan di bahagian kepala dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat, lewat malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata pihaknya menerima laporan daripada anggota sukarelawan polis kira-kira 11.30 malam, mengatakan terdapat satu kejadian  tembak. 

“Pengadu sedang bertugas sentri kawasan Balai Polis Sungai Jarom telah mendengar beberapa letupan yang kuat berhampiran Balai Polis Sungai Jarom dan terus menuju ke kawasan kejadian.”

“Pengadu mendapati seorang lelaki warga tempatan sedang terbaring kaku di bahu jalan dalam keadaan berdarah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ahmad Ridhwan berkata pihak klinik kesihatan Telok Panglima Garang yang hadir, mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian akibat pendarahan di kepala, dan unit forensik turut menjumpai lima kelongsong peluru di sekitar tempat kejadian.

Katanya hasil siasatan polis, mangsa yang berusia 39 tahun itu memiliki 13 rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. 

Polis giat menjalankan usaha untuk mengesan suspek dan menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. 

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat dan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading