LETUPAN BOM DI MAKASSAR

MAKASSAR: Satu letupan bom dilaporkan berlaku hari ini di hadapan sebuah gereja di Makassar, Indonesia.

Kejadian berlaku sekitar jam 10.28 pagi tadi.

Menurut polis tempatan terdapat mangsa yang cedera akibat letupan namun perinciannya masih belum diketahui.

Beberapa mangsa dilaporkan dibawa ke hospital selain terdapat anggota badan manusia di lokasi letupan.

Kenderaan yang diletakkan di kawasan berdekatan gereja tersebut turut musnah akibat letupan.

Punca insiden masih disiasat dan polis mengawal ketat lokasi kejadian. — AlHijrah Online.

Leave a Reply