MAIS SAMPAIKAN BANTUAN MAKANAN BUAT PENGHUNI RUMAH PEMULIHAN AL RIQAB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menyampaikan 146 set makanan kering kepada penghuni Rumah Pemulihan Al Riqab.

Dua rumah pemulihan terbabit ialah Rumah Penjagaan Damai dan Madrasah Darussolihin di Jalan Kebun di sini.

Bantuan bekalan makanan bernilai RM7,300 itu disampaikan Anggota MAIS, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu mereka untuk hidup dengan lebih baik dan selesa. Terima kasih kepada pihak MAIS dan TERAS kerana cepat bertindak,” kata Mohd Zawawi dalam kenyataan MAIS di sini hari ini.

Bantuan makanan itu adalah hasil sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 MAIS.

Orang ramai ingin menyumbang boleh melayari laman Facebook Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). — AlHijrah Online

Leave a Reply