MASALAH DISIPLIN REMAJA ANTARA TIGA CABARAN UTAMA DIHADAPI KAUM IBU
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
MELAKA: Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata cabaran itu dikenal pasti menerusi Kajian Penduduk dan keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
“Ia diikuti pendidikan anak dan perbelanjaan keperluan keluarga,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 bertemakan ‘Terima Kasih Ibu’ di Pusat Keluarga LPPKN Ayer Keroh di sini hari ini.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan program berkenaan yang turut dihadiri isteri Yang Dipertua Negeri Melaka Toh Puan Asmah Ab Rahman.
Hadir sama isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Zuriyah Ab Aziz.
Pada majlis berkenaan, Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyampaikan Anugerah Inspirasi Ibu kepada Rahamah Mohtar, 61, dari Kapar, Selangor atas kegigihannya membesarkan anak bongsunya Ahmad Mujahid Azmi, 21, yang mengalami cerebral palsy.
Dalam pada itu, Nancy berkata penemuan Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia (IKK) menunjukkan skor Indikator Kualiti Masa Bersama Keluarga dan Indikator Imbangan Masa Kerja-Keluarga merosot dalam siri IKK 2022 berbanding siri sebelumnya pada 2019.
“Rata-rata ibu bekerja banyak menghabiskan masa mereka dengan rutin harian yang padat. Mereka perlu bangun seawal pagi bagi menguruskan anak dan keluarga, keluar bekerja dengan purata masa lapan hingga sepuluh jam sehari, pulang ke rumah lewat petang atau awal malam dan terus menyambung tugasan sebagai isteri dan ibu di rumah.
“Namun begitu, kita harus sedar tanggungjawab dalam membesarkan anak dan mengurus rumah bukanlah semata-mata tugas seorang ibu sahaja, oleh itu adalah penting bagi suami untuk memahami dan menghargai sumbangan isteri mereka serta turut berkongsi tanggungjawab dalam mengurus rumah tangga dan anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Ab Rauf berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 menerusi Program Semarak Wanita sebgai galakan kepada kaum wanita untuk menyertai segala program pembangunan dan pemerkasaan di negeri itu.
Katanya, dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Melaka juga berjaya mewujudkan Rumah Perlindungan Wanita Negeri Melaka di sebahagian kawasan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) selaras dengan usaha mendukung agenda kesejahteraan masyarakat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests