Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Netanyahu raih kemenangan dalam pilihan raya Israel

DUNIA

Netanyahu raih kemenangan dalam pilihan raya Israel

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyah. – Foto EPA

TEL AVIV, 11 April – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berjaya meraih kemenangan dalam pilihan raya Israel yang berlangsung kelmarin sekaligus mengekalkan jawatannya untuk penggal kelima.

Keputusan selepas 97 peratus undi dikira menyaksikan parti Likud pimpinannya dan sekutu berhaluan kanan meraih majoriti dengan memperolehi 65 daripada 120 kerusi di Knesset,menewaskan pesaingnya bekas ketua tentera Benny Gantz yang mengetuai Pakatan Biru dan Putih.

Laporan agensi berita yang dipetik Sinar Harian menyebutkan kemenangan Netanyahu, 69, yang disokong presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandakan konfrontasi berterusan terutama melibatkan Gerakan Hamas di Gaza.

Ikrar menentang penubuhan negara Palestin dan rampasan kuasa di Tebing Barat semestinya menjadi antara agenda utama perdana menteri berkenaan selepas tindakan biadab AS mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel.

Selain itu, Netanyahu juga dilihat bakal menjadikan Iran dan Lubnan sebagai sasaran seterusnya untuk mewujudkan konfrontasi baharu.

Terdahulu, Netanyahu mendakwa tindakan AS mengklasifikasikan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) sebagai pertubuhan pengganas adalah disebabkan pendapatnya yang diterima oleh Presiden Trump.

Dalam pada itu Presiden Trump melihat kemenangan Netanyahu sebagai peluang terbaik mencapai perdamaian dalam konflik Palestin-Israel. – Agensi


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading