OPERASI MAIS DIBUKA SECARA JANJI TEMU BERMULA HARI INI

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memulakan operasi yang melibatkan perjumpaan dengan pelanggan melalui janji temu bermula 5 Mei hingga 31 Mei 2020 selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa semalam.

MAIS berkata pelanggan yang ingin mendapatkan tarikh janji temu bagi perkhidmatan ditetapkan, boleh berbuat demikian bermula hari ini mulai 9 pagi hingga 2 petang untuk mendapatkan tarikh dan masa janji temu di agensi agama itu.

“Hanya pelanggan yang mempunyai janji temu sahaja yang dibenarkan berurusan di premis MAIS dalam usaha mematuhi PKPB yang ditetapkan dan hendaklah mematuhi langkah pencegahan Covid-19 semasa berurusan di MAIS,” kata kenyataan majlis agama itu hari ini.

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan sepanjang tempoh PKPB beserta nombor telefon untuk dihubungi:

  • Pengurusan Wasiat, Hibah, Harta Pusaka dengan perkara berkaitan Baitulmal (019-2647637 / 019-3830032 / 019-2661404 / 03-55143772 / 3773)
  • Sewaan Hartanah (019-2302040 / 019-2640631 / 03-55142691)
  • Bahagian Pendaftaran Muallaf (014-3245146 / 03-33614000)
  • Bahagian Pemulihan Ar-Riqab (019-2646277 / 03-33614088)
  • Bahagian Kewangan (019-666 4123 / 03-55143753 / 03-55152741)

Info lanjut boleh hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MAIS di talian 03-55143752 atau orang ramai digalakkan berurusan secara atas talian menerusi laman web mais di http://www.mais.gov.my. — AlHijrah Online

Leave a Reply