PEMANDU MYVI REMPUH DUA KERETA DISAHKAN POSITIF DADAH

JOHOR BAHRU: Polis hari ini mengesahkan pemandu Produa Myvi yang merempuh dua buah kereta hingga menyebabkan seorang lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia, positif dadah.

Lapor Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ujian saringan ke atas pemandu itu mendapati dia positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dia yang sudah ditahan turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Mohd Padzli.

Berdasarkan video yang tular, kemalangan tersebut berlaku selepas Produa Myvi tersebut hilang kawalan lalu merempuh dengan kuat kereta Honda Accord dan Proton Iswara yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Akibat rempuhan tersebut, pemandu Honda Accord meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Proton Iswara mengalami kecederaan. — AlHijrah Online

Leave a Reply