PEMIMPIN BERHATI NURANI BERSIH BERUPAYA BINA KEJAYAAN TAMADUN – PM ANWAR
PUTRAJAYA: Kejayaan sesebuah tamadun merupakan hasil pimpinan pemimpin yang mempunyai hati nurani yang bersih dan tidak hanya bergantung kepada kerangka ekonomi, sosial, pendidikan dan teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai hal ehwal islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kompleks Seri Perdana. – Bernama
PUTRAJAYA: Kejayaan sesebuah tamadun merupakan hasil pimpinan pemimpin yang mempunyai hati nurani yang bersih dan tidak hanya bergantung kepada kerangka ekonomi, sosial, pendidikan dan teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata tanpa ciri itu pada pemimpin, sesebuah tamadun akan runtuh sekiranya soal nilai dan akhlak tidak diberi tumpuan dalam agenda pembangunan tamadun.
“Dalam dunia moden dan teknologi maju, kena ada nilai dan akhlak. Tamadun yang runtuh bukan sebab ekonomi atau sosial, tetapi kerana tiada nilai dan akhlak, sebab itu tatakelola rosak.
“Apabila tatakelola lemah, negara akan jatuh,” kata Anwar ketika menyampaikan amanat pada Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi agama di Seri Perdana, di sini malam tadi.
Anwar berkata sejak beliau memimpin Kerajaan Perpaduan pada November lepas, agenda untuk mengangkat martabat Malaysia di mata dunia menjadi agenda utamanya dengan dibantu barisan Menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum dan agama.
“Saya pegang jawatan ini, Alhamdulillah..dan saya selesa. Saya tak perlu wang berjuta-juta untuk beli harta.
“Saya tidak perlukan itu, tapi saya nak buktikan sesungguhnya di Malaysia ini ada Melayu Islam yang berpegang dengan fahaman Islam dan boleh angkat martabat negara,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
Menyentuh peranan Jakim, Anwar berkata peranan jabatan itu di bawah pimpinannya lebih luas berbanding sebelum ini kerana khidmat nasihat serta pandangan Jakim diperlukan dalam setiap urusan tadbir urus negara dan menyatakan penghargaannya terhadap setiap pandangan yang dikemukakan daripada agensi berkenaan.
Majlis Ilmu MADANI dan Sesi Dialog Perdana Menteri bersama pegawai Jakim yang bermula pukul 6.30 petang itu dihadiri kira-kira 300 pegawai hal ehwal Islam Jakim dari seluruh negara.
Hadirin turut bersolat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Zulkeffly Adimun disusuli dengan bacaan doa dan tausiyah (nasihat) yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah dan kemudiannya mereka menunaikan solat isyak secara berjemaah.
Majlis ilmu sedemikian diadakan secara berkala di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, sejak diperkenalkan Anwar pada 22 Dis 2022 dengan pengisian tausiyah yang disampaikan ulama terkenal dari dalam dan luar negara serta solat secara berjemaah.
Antara ulama yang pernah menyampaikan ceramah di majlis berkenaan ialah Imam Besar Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr Ekrima Sabri, ulama dari United Kingdom Syeikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan ulama dari Gambia Syeikh Muhammad Haydara Al-Jilani. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.