Bakal jemaah haji Malaysia sekali lagi pastinya merasa agak sedih dan kecewa apabila dimaklumkan buat kali kedua berturut-turut ibadat haji pada tahun ini hanya terhad kepada penduduk dan pemastautin di Arab Saudi. Penangguhan ini adalah disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia yang masih belum banyak berubah bahkan terdapat gelombang baru peningkatan kes di sebahagian negara dan Malaysia tidak terkecuali.
Kerajaan Malaysia melalui kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, akur serta menghormati keputusan Kerajaan Arab Saudi yang terpaksa menangguhkan pemergian bakal-bakal haji ke Tanah Suci.
Namun satu perkara penting yang telah berulangkali diperingatkan berkaitan syarat wajib untuk menunaikan ibadat haji selain daripada beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka ialah syarat berkemampuan atau istito’ah.
Seseorang itu tidak wajib dan tidak berdosa jika tidak mampu dari segi kewangan, kesihatan, keselamatan dan kebenaran atau kuota (4K) untuk menunaikan ibadat haji. Firman Allah swt. yang bermaksud: “ .. Dan (antara) kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadat haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu untuk perjalanan ke sana ” (Ali Imran: 97).
Sumber: AFP
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengadakan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) ke 37 pada 21-23 Disember 2020 dengan tema “Menghayati Istito’ah Haji dalam menangani wabak“. MHPK tersebut dijalankan secara virtual (dalam talian) telah dihadiri oleh lebih 500 orang peserta di kalangan para ulama’ dan cendikiawan Islam, terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji TH-JAKIM, Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA), anggota THyang tertentu dan lain-lain jemputan.
Di akhir persidangan muzakarah tersebut, 17 resolusi telah dihasilkan untuk menjadi panduan dan rujukan umat Islam di Malaysia sebelum dan ketika menunaikan ibadat haji di musim wabak seperti COVID-19. Kewajipan haji banyak berkaitan dengan kemampuan seseorang, apatah lagi semasa musim wabak. Ini adalah disebabkan sifat rahmah dan kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-hambaNya.
Di antara resolusi MHPK ke-37 adalah berkaitan istito’ah amniah (keamanan dan keselamatan) dalam ibadat haji merangkumi keselamatan dalam aspek nyawa, harta, kehormatan, kesihatan, perjalanan, tempat tinggal di Tanah Suci dan pelaksanaan ibadat haji.
Muzakarah juga telah memutuskan bahawa Ulil Amri atau pihak kerajaan berhak mengehadkan bilangan atau tidak membenarkan bakal jemaah haji menunaikan fardhu haji ketika wabak sekiranya ia membawa kemudaratan kepada masyarakat dan negara.
Sumber: AFP
Penangguhan ibadat haji pada kali ini, walaupun ia merupakan ujian yang berat bagi bakal jemaah haji namun ia pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Ia adalah ketetapan Allah S.W.T Yang Maha Agung, Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang. Sebagai seorang muslim yang beriman kita perlu yakin bahawa setiap yang berlaku di dalam kehidupan di dunia ini pasti akan memberi kebaikan kepada diri kita sendiri sekiranya kita bersyukur dan bersabar. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“ Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin, seluruh urusannya itu baik dan ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur dan jika mendapatkan kesusahan, maka dia bersabar. Maka itu adalah baik baginya.” (Hadis Riwayat Muslim).
Akhirnya marilah kita terus berdoa kepada Allah S.W.T agar diangkat segera ujian wabak penyakit ini supaya kita dapat menunaikan ibadat haji pada tahun hadapan.
Penulis adalah Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji TH-JAKIM.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked