Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENCEROBOHAN AL-AQSA: PBB, OIC MESTI BERTINDAK TEGAS

DALAM NEGARA

PENCEROBOHAN AL-AQSA: PBB, OIC MESTI BERTINDAK TEGAS

Kezaliman yang direncana oleh rejim Zionis ini memperlihatkan sifat sebenar mereka yang menindas dan langsung tidak menghormati undang-undang antarabangsa serta hak kebebasan beragama.

PUTRAJAYA: Pencerobohan ke atas perkarangan Kompleks Masjid Al-Aqsa bukan sahaja satu pencabulan terang-terangan terhadap kesucian kiblat pertama umat Islam dan status quo tapak suci tersebut, malah satu tindakan yang sengaja membakar sentimen serta mencetuskan provokasi agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dr. Zulkifli Hasan dalam pada itu menuntut badan antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bertindak pantas dan tegas menghentikan kebiadaban berterusan ini.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi biadap yang diketuai oleh Menteri Keselamatan rejim Israel, Itamar Ben-Gvir, bersama ribuan peneroka haram yang menceroboh pekarangan Kompleks Masjid Al-Aqsa”.

Kezaliman yang direncana oleh rejim Zionis ini memperlihatkan sifat sebenar mereka yang menindas dan langsung tidak menghormati undang-undang antarabangsa serta hak kebebasan beragama.

Terdahulu, Malaysia menerusi Kementerian Luarnya turut mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan pada 23 Julai lalu.

“Malaysia memandang provokasi melampau ini sebagai sebahagian daripada corak pelanggaran berterusan oleh rejim Zionis Israel di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki yang bertujuan menggugat kesucian Masjid Al-Aqsa serta mengubah sejarah, undang-undang dan demografinya,” menurut kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB mengambil langkah segera dan konkrit bagi memastikan Israel menghentikan segala tindakan provokatif serta pencabulan terhadap Masjid Al-Aqsa.

Malaysia menegaskan semula solidariti yang tidak berbelah bahagi bersama rakyat Palestin dan sokongan teguhnya terhadap hak-hak mutlak mereka yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak untuk menentukan nasib sendiri dan penubuhan sebuah Negara Palestin yang bebas serta berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.—Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading