Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TIGA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI AMPANG DITAHAN TERLIBAT KEJADIAN BULI

DALAM NEGARA

TIGA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI AMPANG DITAHAN TERLIBAT KEJADIAN BULI

Mangsa telah dibawa ke bawah tangga sebuah blok di Flat Sri Nilam, Ampang oleh seorang pelajar lelaki sebelum dipukul di bahagian muka dan badan oleh suspek.

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga pelajar lelaki sekolah menengah dekat sini kerana disyaki memukul seorang pelajar lain di sebuah flat di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata dalam kejadian 12.31 tengah hari semalam, mangsa telah dibawa ke bawah tangga sebuah blok di Flat Sri Nilam, Ampang oleh seorang pelajar lelaki sebelum dipukul di bahagian muka dan badan oleh suspek.

“Motif kejadian dipercayai kerana mengganggu teman wanita seorang daripada suspek, kejadian kemudian dirakam oleh seorang pelajar lelaki dan disebarkan ke dalam kumpulan WhatsApp,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairul Anuar bekata ketiga-tiga remaja itu telah ditahan petang tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 147/507B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video berdurasi 3 minit 29 saat memaparkan seorang pelajar lelaki dipukul pelajar lain tular di media sosial, sambil dirakam oleh individu lain.–BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading