Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERKESO CADANG PERLUAS PERKHIDMATAN REHABILITASI SATELIT KE SELURUH NEGARA

DALAM NEGARA

PERKESO CADANG PERLUAS PERKHIDMATAN REHABILITASI SATELIT KE SELURUH NEGARA

GEORGE TOWN: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merancang untuk memperluaskan perkhidmatan rehabilitasinya dengan membuka lebih banyak pusat rehabilitasi satelit di seluruh negara bagi menampung keperluan golongan yang menggunakan kemudahan berkenaan.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata sebagai contoh Pusat Rehabilitasi Tun Abdul Razak di Melaka kini sesak dan terdapat pekerja yang cedera diberikan tempoh menunggu sehingga tiga bulan sebelum berpeluang menggunakan kemudahan di pusat  tersebut.

“Dalam perancangan, tidak lama lagi kita akan mempunyai (pusat rehabilitasi satelit) di Lembah Klang, Terengganu, Johor dan kita juga berharap akan mempunyai pusat rehabilitasi satelit di pusat beli-belah,” katanya ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

Beliau berkata terdapat kebimbangan yang disuarakan pemegang taruh antaranya kos mewujudkan pusat rehabilitasi satelit itu dan pulangan yang akan mereka terima.

Dr Mohammed Azman bagaimanapun yakin pelaburan mewujudkan pusat rehabilitasi satelit adalah berbaloi kerana Perkeso menghargai golongan pekerja dan percaya bahawa mereka akan terus menyumbang kepada masyarakat selepas pulih.

“Sekurang-kurangnya mereka boleh berdikari kerana jika pekerja ini telah hilang upaya, seluruh keluarga akan turut terjejas dan itu adalah realitinya,” katanya.

Terdahulu, Dr Mohammed Azman menyampaikan syarahan khas bertajuk ‘Rehabilitasi dan Kembali Bekerja: Bagaimana Negara Menghargai Pekerja Kita?’.

Syarahan berkenaan menumpukan terhadap ekosistem rehabilitasi Perkeso dan Program Kembali Bekerja (RTW) untuk pekerja yang hilang upaya serta cedera, juga mengubah persepi menjadikan Perkeso sebagai jalan terakhir mendapatkan pencen atau pampasan. 

Beliau berkata dari 2009 sehingga Feb 2020, sejumlah 30,110 pekerja yang diinsuranskan telah kembali bekerja di bawah program RTW.  — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading