Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAKYAT TURKI DINOBAT TOKOH TAHUN INI KERANA SOKONG RAKYAT PALESTIN

DALAM NEGARA

RAKYAT TURKI DINOBAT TOKOH TAHUN INI KERANA SOKONG RAKYAT PALESTIN

RAMALLAH: Sebuah kumpulan Palestin pada Jumaat memilih pengerusi Kumpulan Persahabatan Turki-Palestin di Parlimen Turki sebagai Tokoh Tahun Ini, Yang Menyokong Perjuangan Palestin.

Agensi berita Anadolu melaporkan pada Sabtu bahawa Lady of the Earth Foundation memberikan anugerah itu bagi 2019 kepada Huseyin Tanriverdi dalam satu majlis yang berlangsung di bandar Ramallah di Tebing Barat.

Tanriverdi merupakan rakyat Turki pertama menerima anugerah itu, yang diberikan sejak 2008.

“Kami tidak melindungi perjuangan Palestin dan al-Aqsa semata-mata untuk mendapatkan anugerah ini,” kata Tanriverdi kepada Anadolu selepas majlis itu.

“Kami melindungi Palestin di Turki mahupun di arena antarabangsa kerana ia adalah satu kewajipan demi kemanusiaan dan kepercayaan kita.” — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading