Laporan PBB menyatakan rekod tahap kemiskinan yang tidak tepat akan mengekang pembentukan dasar yang berkesan. GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR – Jumlah sebenar orang miskin di Malaysia adalah lebih
ramai berbanding kadar rekod yang dicatat kerana pengiraan yang dibuat selama
ini kurang tepat dan lebih sesuai untuk era 1970-an, kata Profesor Philip
Alston, utusan khas PBB mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia.
Menurut kajian sarjana asing dan tempatan tentang kemiskinan Malaysia
pada masa sekarang, tahap kemiskinan lebih realistik dalam negara adalah
sekitar 15 hingga 20 peratus, bukan 0.4 peratus sebagaimana kajian sebelum ini.
“Dakwaan semasa kerajaan yang kadar kemiskinan adalah 0.4% tidak
menggambarkan hubungan sebenar dengan realiti di lapangan,” kata Alston kepada
wartawan di sebuah forum kemiskinan di Malaysia anjuran PBB di Kuala Lumpur,
hari ini.
Menurutnya Alston lagi, Malaysia menggunakan garis kemiskinan yang
terlalu rendah, yang tidak mencerminkan kos sara hidup dan tidak termasuk
penduduk yang terdedah dalam angka rasminya. Jumlah yang tidak tepat ini sekaligus
mengekang pembentukan dasar yang berkesan untuk disasarkan kepada kesusahan dan
kemiskinan
“Walaupun Malaysia telah mencapai pertumbuhan yang tidak dapat
dinafikan dalam usaha mengurangkan kemiskinan dalam tempoh 50 tahun lalu, namun
kadar kemiskinan telah dibasmi atau wujud hanya di sebahagian kecil di kawasan
luar bandar tidak tepat dan telah mengakibatkan kegagalan dalam penggubalan
dasar,” katanya.
Garis kemiskinan nasional sebanyak RM980 setiap isi rumah sebulan juga menunjukkan
garis kemiskinan yang teruk bagi sebuah negara yang memegang status
berpendapatan tinggi, sedangkan kebanyakan kajian bebas telah mencadangkan
kadar kemiskinan yang lebih realistik sebanyak 16 hingga 20 peratus dengan
kira-kira sembilan peratus isi rumah hidup kurang daripada RM2,000 sebulan.
Justeru itu Alston menyarankan agar kerajaan menilai semula bagaimana
mereka mengukur kemiskinan sehingga kesulitan yang dihadapi oleh kebanyakan
rakyat Malaysia tidak hanya dirumuskan dengan penjelasan statistik.
“Walaupun terdapat penjagaan kesihatan yang hampir menyeluruh dan
kadar pendaftaran sekolah tinggi untuk warganegara serta ekonomi yang semakin
meningkat, sebahagian besar penduduk masih tercicir. Ramai rakyat yang hidup di
atas garis kemiskinan rasmi adalah sebenarnya dalam kemiskinan,” tambahnya
lagi.
Ini kerana pengurangan jumlah laporan mengenai kadar kemiskinan juga
telah menyebabkan kurang pelaburan dalam pembasmian kemiskinan, dan jaringan
keselamatan sosial yang tidak mencukupi, sekaligus tidak memenuhi keperluan
rakyat.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
Anonymous
23 July 2024 at 2:53 PM
Bapak Bodoh punya alhijrah ini gambar di Africa kau guna