Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEMUA MANGSA KEMALANGAN DI MESIR STABIL

DALAM NEGARA

SEMUA MANGSA KEMALANGAN DI MESIR STABIL

PUTRAJAYA: Lima warga Malaysia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Mesir pada Sabtu lepas dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mereka telah dipindahkan ke Suez Hospital for Health Insurance dan Sheikh Zayed Specialised Hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah membuat lawatan konsular bagi menemui mangsa yang terlibat untuk menghulurkan bantuan konsular sewajarnya,” menurut Kementerian Luar serta mengesahkan tiada mangsa yang terkorban dalam insiden itu.

Menurut laporan sebelum ini, lima warga Malaysia daripada satu keluarga mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya di Mesir semasa dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading