SEORANG LAGI MAUT AKIBAT COVID-19, KUMULATIF TIGA MAUT DI MSIA- KP KESIHATAN

Last Updated on

KUALA LUMPUR: Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan hari ini menerima laporan satu lagi kematian COVID-19 (kes ke-152) pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes ke-152 ini merupakan lelaki warga Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Beliau berkata kes terbabit telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac lalu dengan simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah,” kata Ketua Pengarah Kesihatan dalam Facebooknya sebentar tadi.

Setakat ini, sebanyak 1,030 kes jangkitan COVID-19 direkodkan dengan tiga kematian di negara ini. — AlHijrah Online

Leave a Reply