SERPIHAN KAPAL SELAM DITEMUI, PETUNJUK KRI NANGGALA-402 TENGGELAM

BANYUWANGI: Tentera Laut Indonesia hari ini memaklumkan beberapa serpihan dan barangan daripada kapal selam KRI Nanggala-402 ditemui sekaligus menjadi petunjuk kapal tersebut telah tenggelam bersama 53 krunya.

Ketua Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut, Yudo Margono berkata pasukan penyelamat telah menemui beberapa serpihan dan barangan termasuk bahagian puluru torpedo serta botol minyak pelincir yang digunakan untuk periskop kapal selam tersebut.

“Sejak beberapa hari lalu, kami menemui serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal selam itu menyelam,” katanya memetik laporan Kosmo.

Media antarabangsa AP pula melaporkan, sebelum ini pihak berkuasa Indonesia menganggap kapal selam tersebut hilang namun kini percaya kapal berkenaan tenggelam dengan harapan tipis menemui mangsa yang selamat.

Bekalan oxigen kapal tersebut juga dilapor telah habis sepenuhnya pada awal Sabtu.

KRI Nanggala-402 hilang pada Rabu lalu ketika latihan menembak torpedo.

Susulan berita kehilangan itu, beberapa negara termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit.— AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply