Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SINAR HARIAN TERBITKAN WACANA AL-QURAN BERMULA 19 OKTOBER

DALAM NEGARA

SINAR HARIAN TERBITKAN WACANA AL-QURAN BERMULA 19 OKTOBER

SHAH ALAM: Kejayaan kempen My#Quran Hour sejak tujuh tahun lalu menjadi inspirasi Sinar Harian untuk menerbitkan program Wacana Al-Quran bermula 19 Oktober ini.

Wacana Al-Quran akan membincangkan isu-isu ekonomi, kewangan, politik dan lain-lain kemudian mencari penyelesaian berlandaskan Al-Quran.

Program itu akan disiarkan di platform Youtube, Facebook dan portal rasmi Sinar Harian Online.

Menurut Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, Wacana Al-Quran akan bersiaran pada jam 6 hingga 7 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat

“Program ini tercetus dari sesi sumbang saran bulanan kami yang membincangkan tentang isi Al- Quran di setiap juzuk bersama bahagian Penyelidikan & Perkembangan (R&D) kami.

“Kami yakin hanya dengan kembali kepada Al-Quran dan As Sunnah hidup kita akan lebih terpimpin,” katanya kepada AlHijrah Online.

Selain itu Hussamuddin turat berharap penerbitan Wacana Al-Quran akan menjadi penyumbang kepada ekosistem hidup berlandaskan Al-Quran.

“Tiada solusi yang lebih baik di dalam menangani kehidupan kita pada tahun 2020 ini dan pada masa akan datang kecuali kembali merujuk kepada Al-Quran. Wallahua’lam,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading