Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUNTIKAN VAKSIN KEPADA BUKAN WARGANEGARA SELARI PRINSIP ISLAM DAN MAQASID SYARIAH

DALAM NEGARA

SUNTIKAN VAKSIN KEPADA BUKAN WARGANEGARA SELARI PRINSIP ISLAM DAN MAQASID SYARIAH

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada penghujung bulan ini akan turut melibatkan pemberian vaksin kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia secara percuma.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan Jemaah Menteri itu adalah selari dengan prinsip Islam dan Maqasid Syariah dalam tadbir urus negara yang mengutamakan hak warganegara dan bukan warganegara yang mendiami sesebuah negara.

“Dalam konteks ini adalah hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa) atau hak untuk mendapat perkhidmatan kesihatan melalui suntikan vaksin COVID-19.

“Golongan bukan warga negara yang menetap di Malaysia adalah seumpama tetamu dan jiran tetangga kita. Bersikap ihsan kepada mereka adalah sifat yang terpuji dalam Islam,” kata Zulkifli menerusi ciapan di Twitter rasminya.

Tambahnya Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya.”.

Selain itu katanya, sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith yang lain: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya dia memuliakan tetamunya”.

Oleh itu beliau memberi sokongan penuh atas usaha yang bakal dilaksanakan kerajaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), walaupun pemberian vaksin dibuka kepada warga asing, keutamaan pemberiaan vaksin COVID-19 adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading