KUALA LUMPUR: Institusi tahfiz di seluruh negara digalakkan untuk mengadakan kerjasama strategik dengan institusi Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. – Bernama
KUALA LUMPUR: Institusi tahfiz di seluruh negara digalakkan untuk mengadakan kerjasama strategik dengan institusi Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata langkah itu bagi menyahut agenda memperkasakan Pendidikan tahfiz-TVET dalam usaha menambah nilai lepasan tahfiz.
“Pusat tahfiz boleh melaksanakan kerjasama strategik dengan institusi TVET seperti Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Komuniti, GIATMARA, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan lain-lain.
“Sebagai contoh, beberapa institusi tahfiz seperti Yayasan ADDIN Perak, Yayasan An-Nahdhoh, Maahad Tahfiz Tarbiah Al-Ummah, Tahfiz TVET Al-Aminiah adalah antara institusi tahfiz yang melaksanakan program TVET sama ada di peringkat sijil atau diploma,” katanya ketika Sesi Penggulungan Perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKE-12) di Dewan Rakyat.
Mohd Na’im mengulas cadangan Ahli Parlimen Jerantut Khairil Nizam Khirudin berhubung cadangan tahfiz TVET diwujudkan di Jerantut, Pahang.
Tambahnya, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) telah melaksanakan kerjasama strategik dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Selain itu kerjasama turut dibuat dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui GIATMARA di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi mempromosi laluan pendidikan TVET kepada pelajar tahfiz dan menjadikan institusi tahfiz sebagai Pusat Bertauliah (PB) program kemahiran yang diiktiraf oleh JPK.
Darul Quran JAKIM katanya adalah antara Pusat Bertauliah (PB) yang diiktiraf oleh JPK dalam melaksanakan Program Pengurusan Tahfiz.
Pahang juga katanya telah menyahut agenda memperkasakan Pendidikan tahfiz-TVET melalui Yayasan Pahang yang telah mewujudkan Program Tahfiz Mahir yang memberi fokus kepada lepasan 183 sekolah pondok, madrasah dan institusi tahfiz di Pahang bertujuan untuk menambah nilai lepasan tahfiz dengan kemahiran TVET bagi memenuhi persaingan dalam pasaran kerjaya.
“Pelaksanaan agenda tahfiz-TVET sebagai agenda nasional akan terus diperkasakan melalui kerjasama strategik semua pihak pemegang taruh dan institusi tahfiz bagi melestarikan pendidikan tahfiz di negara ini selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN),” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked