TAULIAH PENCERAMAH BEBAS DIDAKWA SEBAR VIDEO SEKS SUDAH DITARIK BALIK – MOHD NA’IM
Mohd Na’im turut menyeru golongan agamawan di negara ini supaya menggunakan ilmu pengetahuan untuk mendidik dan membawa masyarakat ke jalan yang benar, serta tidak melakukan perkara bertentangan dengan Islam.
KUALA KRAI: Tauliah penceramah bebas yang didakwa menyebarkan video seks difahamkan sudah ditarik balik sebelum ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau bagaimanapun berkata masyarakat perlu memberi kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara adil dan telus.
“Maklumat yang diberikan kepada saya… difahamkan dia pernah diberikan tauliah kemudian tauliahnya ditarik balik.
“Kita perlu berikan kepercayaan kepada pihak polis dan lebih baik kita tunggu siasatan itu dijalankan supaya tidak ada mana-mana pihak yang mungkin teraniaya,” katanya selepas merasmikan Wacana Dakwah Al-Falah Memacu Ummah MADANI bersama Institusi Pondok di Pondok Sungai Durian di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dilaporkan berkata pihaknya sedang menyiasat kes penyebaran video seks oleh seorang penceramah bebas susulan laporan diterima daripada seorang wanita yang juga isteri kedua lelaki itu pada 16 Jun lepas.
Wanita itu mendakwa penceramah berkenaan menyebarkan video seks dia dan madunya serta beberapa wanita lain, namun lelaki itu diberikan jaminan polis sementara proses melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Mohd Na’im turut menyeru golongan agamawan di negara ini supaya menggunakan ilmu pengetahuan untuk mendidik dan membawa masyarakat ke jalan yang benar, serta tidak melakukan perkara bertentangan dengan Islam.
“Mana-mana penceramah yang telah diberikan tauliah dan didapati melakukan sesuatu perkara yang boleh mencemarkan institusi agama, sudah tentu pihak berkuasa agama negeri akan menarik semula tauliah berkenaan.
“Saya minta masyarakat sebelum menjemput mana-mana penceramah, semak dahulu dengan jabatan mufti atau jabatan agama negeri untuk pastikan individu itu ada tauliah atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Mohd Na’im turut menyarankan institusi pondok di negara ini supaya berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan termasuk penyelenggaraan bangunan.
“Sebelum mereka ini berdaftar, semua aspek bangunan akan dilihat. Pihak bomba akan melihat dari segi pendawaian elektrik dan sebagainya sebelum memberi kebenaran mendiami bangunan itu.
“Apabila berdaftar, lebih mudah untuk mereka menerima bantuan daripada kerajaan dan kita juga akan tengok dari sudut kurikulum serta silibus supaya ia dapat diselaraskan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests