Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA SEKOLAH DITUTUP WABAK INFLUENZA: DR ZULKEFLY

DALAM NEGARA

TIADA SEKOLAH DITUTUP WABAK INFLUENZA: DR ZULKEFLY

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan mengesahkan setakat ini tiada sekolah di negara ini ditutup susulan wabak influenza.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sentiasa mempertingkatkan aktiviti pemantauan secara berterusan terutama di lokasi yang lebih terdedah dengan penyakit itu.

“Kita akan lebih berwaspada dan menggerakkan pihak bertanggungjawab termasuk pegawai kesihatan daerah untuk memantau perkembangan wabak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sumbangan Fakir Miskin Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Tokong Tian Hock, Kuala Selangor di sini hari ini.

Ditanya mengenai isu kehabisan stok bekalan vaksin influenza, Dr Dzulkefly berkata, setakat ini bekalan vaksin itu mencukupi.

“Pada awal mungkin berlaku kehabisan stok di fasiliti kesihatan swasta tetapi perkara ini telah kita atasi.

“Kita memberi jaminan bahawa stok vaksin influenza ini mencukupi bagi memenuhi permintaan di negara kita,” katanya. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading