Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIDAK KUARANTIN, KKM KOMPAUN MOHD KHAIRUDDIN RM1,000

DALAM NEGARA

TIDAK KUARANTIN, KKM KOMPAUN MOHD KHAIRUDDIN RM1,000

GAMBAR IHSAN: SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkam kompaun RM1,000 ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Ia susulan Mohd Khairuddin didapati melalukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan KKM hari ini, Mohd Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7 Julai 2020.

Kementerian itu juga memaklumkan sampel nasopharyngeal swab kali pertama telah diambil pada hari yang sama dan didapati negatif.

“Ujian saringan COVID-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif,” jelas KKM.

Namun oleh kerana beliau gagal mematuhi peraturan mengikut Akta 342 iaitu menjalani kuarantin 14 hari,
pegawai diberi kuasa telah mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada menteri tersebut dan beliau telah menjelaskan denda itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading