Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA BOMBA TERBUNUH, SEMBILAN CEDERA DALAM INSIDEN KEBAKARAN DI KASHMIR

DUNIA

TIGA BOMBA TERBUNUH, SEMBILAN CEDERA DALAM INSIDEN KEBAKARAN DI KASHMIR

SUMBER FOTO: XINHUANET

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tiga bomba terbunuh dan sembilan yang lain, termasuk empat orang awam tercedera, dalam insiden runtuhan bangunan akibat kebakaran di wilayah Kashmir yang dikuasai India, demikian menurut polis.

Xinhuanet melaporkan, bangunan yang runtuh itu berlaku di Talab Tiloo, Jammu, ibu kota Kashmir.

“Tiga anggota bomba terbunuh dan lima rakan mereka cedera selepas masuk ke dalam bangunan untuk memadamkan kebakaran premis tiga tingkat itu,” kata pihak polis.

Empat orang awam turut cedera dalam kejadian itu, katanya.

SUMBER FOTO: XINHUANET

Menurut pegawai polis, mereka yang cedera sedang menjalani rawatan di hospital kolej perubatan kerajaan di Jammu.

SUMBER FOTO: XINHUANET

Operasi menyelamat telah ditamatkan dan semua yang terperangkap dibawa keluar.

“Awal hari ini, kami terima panggilan mengenai insiden kebakaran itu. Ketika anggota kami masuk ke dalam untuk menyelamatkan penghuni dan nyalaan api marak menyebabkan bangunan runtuh dan memerangkap anggota kami,” kata seorang pegawai bomba.

“Kemudian kami memanggil pasukan tindak balas bencana dan jentera berat untuk membersihkan runtuhan dan menarik keluar mangsa. Malangnya tiga anggota kami kehilangan nyawa dalam insiden itu,” katanya.

Penduduk tempatan berkata bangunan itu menempatkan sebuah kedai kayu di tingkat bawahnya, dari mana punca kebakaran dilaporkan. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading