Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VERN’S HENTI JUAL KASUT LOGO MIRIP KALIMAH ALLAH, TAMPIL MOHON MAAF

DALAM NEGARA

VERN’S HENTI JUAL KASUT LOGO MIRIP KALIMAH ALLAH, TAMPIL MOHON MAAF

Pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd memutuskan untuk menghentikan jualan kasut tumit tinggi keluarannya yang menjadi kontroversi dalam masyarakat Malaysia khususnya umat Islam.

KUALA LUMPUR: Pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd memutuskan untuk menghentikan jualan kasut tumit tinggi keluarannya yang menjadi kontroversi dalam masyarakat Malaysia khususnya umat Islam.

Vern’s hari ini turut tampil memberi penjelasan berhubung isu logo kasut tumit tinggi keluarannya yang disifatkan telah disalah tafsir.

Syarikat itu berkata tidak langsung berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan, katanya.

“Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi, seperti yang tertera di gambar yang dilampirkan.

“Bagaimanapun, kami akui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak,” katanya hari ini.

Vern’s turut bersedia untuk memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli produk tersebut.

“Dengan rasa rendah diri, kami pihak pengurusan ingin memohon kemaafan semua dan mengharapkan belas ihsan untuk diberikan ruang memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.

“Ini adalah pengajaran yang sangat bernilai untuk kami memperhalusi dan lebih teliti dalam setiap keputusan yang diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

Sebelum ini tular beberapa hantaran di media sosial mendakwa sebuah kasut berjenama tempatan telah menyentuh sensitiviti umat Islam dengan meletakkan logo mirip kalimah Allah pada tapak kasut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Abdul Malik

    8 April 2024 at 6:02 AM

    Tengok mcm bijak pandai ada syarikat lagi bukan gerai tepi jalan,tapi dia punya statement mcm budak bodoh.jgn main2 kesabaran ada tahap nya

  2. Anonymous

    8 April 2024 at 6:07 AM

    Dah tau ada keraguan kan kenapa nak keluarkan,Thats mean u all fikir fucking money,tak fikir pasal perpaduan,kita hidup aman damai.kasut sial ni punya pasal dah aku marah kat member aku ah keong,ah cai dan lim kit siang,kesian mereka tak pasal2 kena sembur🥴

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading