Berita baik untuk wanita. Window shoppingdi pusat membeli belah adalah digalakkan, malah memberi manfaat untuk kesihatan.
“Kalau kita window shopping di pusat beli belah selama sejam bersamaan dengan 5,000 langkah (berjalan kaki).
“5,000 langkah itu pula mampu membakar antara 100 hingga 150 kalori dalam badan. Kalau berjalan dua, tiga jam di pusat membeli belah secara puratanya, kita boleh bakar lebih 300 kalori dalam badan.
“Ini aktiviti sihat,” demikian kata jurulatih kesihatan, Syahizwan Tahar atau lebih dikenali dengan panggilan Coach Prazo selepas sesi perkongsian kesihatan sempena Kempen Kesedaran Kesihatan TV AlHijrah 2019 #IAmHealthy di Aras Studio Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah di sini hari ini.
Turut hadir hadir Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, barisan pengurusan dan kakitangan TV AlHijrah yang turut menyertai sesi senaman ringan dikendalikan Coach Prazo pagi tadi.
Coach Prazo berkata aktiviti berjalan kaki, termasuk ketika berada di pusat membeli belah adalah aktiviti baik untuk kesihatan dan perlu digalakkan.
Secara lazimnya setiap individu itu mempunyai keperluan kalori berbeza.
Seorang lelaki memerlukan antara 1,200 hingga
1,500 kalori setiap hari dan wanita pula memerlukan antara 1,000 hingga 1,200
kalori sehari.
“Setiap hidangan nasi lemak mempunyai sekitar 400 kalori. Jika kita mahu membakar kalori nasi lemak (400 kalori) kita boleh melakukannya dengan berbasikal selama sejam, ataupun melakukan aktiviti kerja rumah selama dua jam setengah,” jelas Coach Prazo.
Dalam sesi perkongsiannya dengan kakitangan TV
AlHijrah, Coach Prazo turut ditanya mengenai senaman waktu malan yang didakwa
sesetengah pihak boleh membahayakan kesihatan.
Jawapan beliau agak menarik dan ia berbunyi begini, “bagaimana jika individu itu hanya ada masa waktu malam untuk bersenam/bersukan”.
Menurut beliau, senaman waktu malam boleh dilakukan tetapi dengan persediaan.
“Badan jangan terlalu letih. Jangan makan makanan dengan lemak tinggi kerana kolestrol (lemak) itulah yang menyekat pembuluh darah kita. Itu yang menyebabkan masalah kepada kita,” kata Coach Prazo.
Kempen Kesihatan TV AlHijrah turut dimeriahkan dengan reruai (booth) jualan makanan, Kaunter Tabung Haji (TH), Kaunter Perkeso, Pemeriksaan Saringan HPV Kanser Serviks oleh Klinik Kesihatan Tanglin dan Pemeriksaan Kesihatan oleh KPJ Rawang.
Ia bermula jam 9.30 pagi dengan sesi senaman ringan bersama Coach Prazo dari HitFatX hingga jam 3 petang.
Pemeriksaan kesihatan KPJ Rawang, antara lain merangkumi pemeriksaan tahap glukos, tekanan darah, berat badan (BMI), pemeriksaan kolestrol, asid urid dan pemeriksaan telinga.
Antara acara yang menarik perhatian kakitangan TV AlHijrah ialah taklimat asas pertolongan cemas CPR yang turut disertai kakitangan bilik berita dan tim produksi.
Apa yang pasti, pihak pengurusan TV AlHijrah perlu meneruskan kempen kesihatan sebegini untuk kebaikan kakitangan bertugas.
Petugas yang sihat tubuh badannya, tentunya petugas yang produktif untuk syarikat!
“Bukan semua orang ada masa untuk buat pemeriksaan kesihatan, jadi program macam ini (Kempen Kesihatan TV AlHijrah) harus diteruskan,” kata Penerbit Program Assalamualaikum, Hanan Mohd Said.
Hanan yang turut mengambil kesempatan melakukan saringan HPV pagi tadi menyifatkan kempen kesihatan hari ini menambah pengetahuan kakitangan dalam soal kesihatan.
Pun begitu, penulis berpendapat, sekalipun Coach Prazo menyatakan aktiviti window shopping sebagai baik untuk kesihatan, namun ia mungkin tidak baik untuk kantung kelompok suami jika bertukar menjadi aktiviti membeli belah.
Bak kata pepatah Melayu, hanya jauhari mengenal manikam. Hanya suami mengenal isteri tersayang. – AlHijrah Online/Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager