Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEIJING ‘TENGGELAM’ DALAM DEBU

DUNIA

BEIJING ‘TENGGELAM’ DALAM DEBU

BEIJING: Ibu kota China, Beijing diselubungi kegelapan akibat debu tebal dan pasir kesan daripada ribut dan angin kuat dari gurun Gobi.

Agensi Meterologi tempatan menyifatkan ia ribut pasir terburuk dalam tempoh sedekad yang mencetuskan suasana kekuning-kuningan di seluruh bandar.

Pihak berkuasa Beijing terpaksa mengeluarkan isyarat kuning pagi tadi berikutan ribut pasir telah tersebar dari Mongolia ke wilayah-wilayah China seperti Gansu, Shanxi dan Hebei, yang terletak di luar Beijing.

Indeks kualiti udara Beijing juga mencapai tahap maksimum melepasi 500 pagi tadi dengan jarak penglihatan juga tidak sampai satu kilometer.

Manakala trafik di jalan-jalan raya sibuk, dengan kenderaan terpaksa menyalakan lampu sepanjang masa.

Negara itu lazimnya dilanda ribut pasir sekitar Mac dan April, berikutan tiupan angin dari gurun Gobi selain faktor pemusnahan hutan dan hakisan tanah di utara China. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading