Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UTARA SYRIA BERMANDI DARAH

DUNIA

UTARA SYRIA BERMANDI DARAH

SYRIA: Beberapa orang cedera selepas Utara Syria yang dikuasai Turki dibedil tentera kerajaan pimpinan Bashar Assad.

Peluru berpandu balistik itu ditembak dari Pangkalan Udara Kuweires di Aleppo yang disasarkan ke Bandar Al-Bab dan Jarablus.

Menurut Kementerian Pertahanan Turki, serangan tersebut ditujukan ke penempatan awam dan kapal tangki bahan bakar.

Letupan kuat kedengaran dekat Jarablus, namun lokasi sebenar tidak diketahui.

Sebelum ini, serangan peluru berpandu berlaku di kilang minyak di kawasan sama, menyebabkan empat maut dan 24 cedera.

Ankara telah menghubungi Rusia untuk menuntut serangan dihentikan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading