COVID-19: 6,000 DISARING SETIAP HARI DI IRAN

ANKARA: Dianggarkan 6,000 warga Iran jalani saringan koronavirus setiap hari, demikian menurut pegawai kesihatan semalam.

Bercakap kepada agensi berita nasional IRNA, Pengarah Pasteur Institute of Iran, Dr Alireza Biglari berkata, lebih 220,000 kit ujian koronavirus didermakan kepada Iran dengan 80,000 darinya telah digunakan.

Biglari berkata jumlah makmal bagi ujian saringan COVID-19 akan ditingkatkan dari 50 kepada 70 makmal ujian di seluruh Iran.

Kementerian Kesihatan Iran mengumumkan majoriti mangsa maut akibat virus itu berusia dalam lingkungan 67 tahun dengan 54 tahun adalah purata mangsa yang dijangkiti.

Bayi berusia tiga tahun yang mengidap leukemia tetapi maut akibat koronavirus, adalah mangsa termuda di negara itu.

Selain China, Itali dan Korea Selatan, Iran antara negara terjejas teruk akibat virus itu yang mula merebak ke seluruh dunia sejak Disember lalu.

Tehran melaksanakan langkah pencegahan seperti menutup sekolah dan universiti, membatalkan acara sukan dan melarang pegawai kerajaan keluar negara bagi membendung wabak itu.

Muncul di Wuhan, China pada Disember lalu, koronavirus yang secara rasminya dikenali sebagai COVID-19, kini menular di 129 negara dan wilayah.

Angka kematian global akibat koronavirus kini sekitar 5,400 orang dengan 142,000 kes jangkitan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengisytiharkan wabak penyakit itu sebagai pandemik global. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply