Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GARIS PANDUAN KHUSUS ELAK BADAL HAJI TIPU

DALAM NEGARA

GARIS PANDUAN KHUSUS ELAK BADAL HAJI TIPU

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan khusus berhubung tawaran perkhidmatan badal haji untuk menghalang pihak tertentu mengambil kesempatan, memperdaya dan menipu orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi menyelaras garis panduan bersesuaian.

“Insya-Allah mungkin kita boleh buat garis panduan yang terbaik untuk pelaksanaan badal haji. Saya akan ambil maklum dalam isu ini.

“Apabila selesai beberapa perjumpaan dengan TH kita selaraskan termasuklah harga dan prosedur yang terdapat dalam pakej-pakej haji dan umrah badal haji.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Cuci-Cuci Masjid dan Musa’adah Covid-19 di Masjid Al-Khasyi’in, Desa Petaling, hari ini.

Baru-baru ini, isu tawaran perkhidmatan badal haji bagi musim 1441H menjadi pertikaian ramai pihak ekoran terdapat beberapa agensi pelancongan haji dan umrah yang menawarkan pakej dengan harga serendah kurang RM 2,000, selain mempunyai unsur-unsur meragukan.

Sebelum ini pihak berkuasa Arab Saudi telah mengumumkan kuota haji hanya dibuka kepada 1,000 hingga 10,000 jemaah sahaja, berbanding 2.5 juta tahun lalu berikutan situasi pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya. – AlHijrah Online / Khadizah Faisal


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading