Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TADIKA ISLAM MAIWP BERI YURAN PERCUMA

DALAM NEGARA

TADIKA ISLAM MAIWP BERI YURAN PERCUMA

KUALA LUMPUR: Pelajar tadika Islam di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang kurang berkemampuan akan menikmati yuran pengajian percuma.

Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata inisiatif itu akan dinikmati pelajar daripada keluarga golongan asnaf dan B40 di Wilayah Persekutuan.

“Sebelum ini golongan asnaf dan B40 masing-masing dikenakan yuran sebanyak 20 ringgit dan 50 ringgit,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja memantau operasi tadika kelolaan MAIWP di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras hari ini.

Menurutnya tadika Islam di bawah MAIWP telah beroperasi bermula hari ini dengan mengamalkan norma baharu.

“Ibu bapa diberi jaminan untuk hantar anak mereka di sini dan kita mengikuti SOP begitu ketat di mana sebelum masuk pelajar akan diambil suhu badan dan juga mensanitasi tangan.

“Amalan penjarakan sosial juga diamalkan dengan setiap kelas sepatutnya ada 20 pelajar jadi kita kurangkan kepada 10 sahaja,” katanya.

Setakat ini, 69 buah tadika MAIWP di Kuala Lumpur, tujuh buah di Putrajaya dan empat buah di Labuan mula beroperasi hari ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading