Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GAZA CATATKAN TUJUH KES BAHARU COVID-19

DUNIA

GAZA CATATKAN TUJUH KES BAHARU COVID-19

GAZA: Kementerian Kesihatan di Gaza semalam mengumumkan tujuh kes baharu COVID-19 dikesan dan kini dikuarantin di selatan wilayah konflik itu.

Kementerian berkenaan dalam kenyataan dipetik agensi berita Xinhua melaporkan, tujuh kes baharu itu membabitkan pegawai keselamatan yang mempunyai kontak dengan dua kes pertama yang baru pulang dari Pakistan dan dikesan di sempadan Rafah, Sabtu lalu.

“Kementerian Kesihatan menegaskan yang tujuh kes positif itu kini diletakkan di unit kuarantin khas. Mereka tidak meninggalkan pusat kuarantin di sempadan Rafah dan mereka tidak mempunyai kontak dengan sesiapa sahaja di luar pusat kuarantin,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menegaskan bahawa setakat ini, tiada kes COVID-19 dicatatkan di dalam wilayah konflik Gaza. (Kesemua kes terbabit adalah di sempadan Gaza-Mesir)

Jumlah penduduk Palestin yang dijangkiti mencecah 71 kes, termasuk sembilan kes di Gaza dan 62 kes di Tebing Barat.

Jurucakap Kerajaan Palestin, Ibrahim Melhem berkata daripada jumlah itu, sebanyak 16 kes sudah pulih di Tebing Barat.

Hamas, yang menguasai Gaza sejak 2007, mengetatkan langkah berjaga-jaga mencegah penyebaran COVID-19 di wilayah konflik itu yang menampatkan dua juta penduduk. — Terjemahan AlHijrah Online/ Zamir Akmal Zambri


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading