Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBADAH MELONTAR JAMRAH DISEMPURNAKAN MENGIKUT SOP

DUNIA

IBADAH MELONTAR JAMRAH DISEMPURNAKAN MENGIKUT SOP

MINA: Kira-kira 60,000 jemaah haji mula melaksanakan ibadah melontar jamrah pada hari pertama di Mina.

Sebagaimana tahun lepas, pelaksanaan peringkat akhir rukun Islam kelima itu disempurnakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan jemaah berkumpul.

Jemaah dibahagikan mengikut kumpulan warna dan mereka hanya dibenarkan melontar di lokasi -lokasi yang ditanda.

Kerajaan Arab Saudi menyediakan tiga tingkat pembinaan di jamrah bagi memudahkan ibadah melontar dilaksanakan.

Melontar jamrah yang merupakan salah satu daripada syarat wajib haji biasanya menyaksikan kepadatan jemaah ketika melontar, namun ekoran penularan COVID-19 ibadah itu kini dilaksanakan secara bergilir-gilir.

Jemaah wajib memakai pelitup muka selain perlu menjaga penjarakan fizikal.

Selepas selesai melontar jamrah untuk ketiga-tiga hari, jemaah akan kembali ke Makkah menandakan berakhirnya ibadah haji bagi musim ini.

Terdahulu, jemaah bergerak ke Muzdalifah selepas terbenamnya matahari sembilan Zulhijjah.

Usai solat Maghrib dan Isyak di Muzdalifah , jemaah memulakan pergerakan ke Mina bagi menyempurnakan ibadah melontar. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading