KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ahli-ahli politik agar jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu.
Menegaskan bahawa rakyat yang ketika ini berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat wabak COVID-19, Seri Paduka bertitah rakyat tidak perlu disogok dengan api permusuhan dan perpecahan.
“Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mempamerkan kematangan dalam berpolitik. Ini termasuklah menjiwai keluh kesah rakyat, membela nasib rakyat, berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik yang bersih, tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa mahupun kedaulatan serta kedudukan Raja-Raja Melayu.
“Kerana itulah kerajaan Beta juga telah memutuskan Majlis Mesyuarat pertama yang berlangsung hari ini hanya mempunyai satu urusan majlis sahaja iaitu titah Beta sempena pembukaan Penggal Parlimen yang baharu ini,” titah Al-Sultan Abdullah, dan disambut dengan tepukan gemuruh Ahli Parlimen dan Senator yang hadir.
Dalam Titah Diraja semasa merasmikan pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini, Seri Paduka bertitah ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan dan caci mencaci, sebaliknya menjadikannya untuk membangun dan menyatupadukan negara.
Bagi rakyat jelata, mereka pula hendaklah memberi kerjasama kepada kerajaan untuk membolehkan kesinambungan usaha pembangunan negara diteruskan, titah Seri Paduka.
“Beta yakin hanya melalui kesepaduan antara rakyat dengan kerajaan sahaja yang mampu melahirkan Malaysia yang stabil, aman dan sejahtera,” titah Yang di-Pertuan Agong.
Memperjelas rentetan kemelut politik negara yang berlaku pada Februari, Al-Sultan Abdullah bertitah pelantikan Perdana Menteri kelapan dibuat selepas parti-parti politik diberi masa yang mencukupi untuk membuat perhitungan secara demokrasi bagi menamakan calon masing-masing.
“Sekitar jam 5 petang pada 24 Februari, Beta telah berkenan menerima menghadap Yang Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam pertemuan itu, Beta telah meminta Tun Dr Mahathir untuk tidak meletak jawatan (sebagai perdana menteri). Namun beliau tetap dengan keputusannya.”
Menegaskan bahawa krisis politik negara tidak boleh dibiarkan berlarutan, Yang di-Pertuan Agong bertitah baginda bertanggungjawab melantik seorang Perdana Menteri yang baharu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Lantaran itu, Seri Paduka mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk menilai sendiri sokongan kepercayaan mereka disusuli dengan parti-parti yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat diminta mencalonkan nama seorang Ahli Dewan sebagai bakal perdana menteri.
“Perkara 43 memberi kuasa budi bicara kepada Beta untuk melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Beta mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
“Lantaran itu setelah melalui semua proses tersebut dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Beta telah mendapati Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan demikian selayaknya dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
“Sesungguhnya Beta telah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita,” titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah menasihati kerajaan di bawah kepimpinan Muhyiddin agar melaksanakan amanah yang diberi dengan jujur dan penuh tanggungjawab serta jangan sesekali mengabaikan kesejahteraan rakyat.
“Kepada kerajaan Beta di bawah kepimpinan Memanda Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Yassin, Beta menaruh keyakinan bahawa usaha-usaha membawa negara untuk terus mendaki persada kejayaan yang lebih tinggi akan menjadi kenyataan.
“Nasihat Beta, laksanakan lah amanah ini dengan jujur dan penuh tanggungjawab, serta jangan sekali-kali mengabaikan kesejahteraan rakyat jelata,” titah Seri Paduka.
Mengenai perpaduan masyarakat majmuk negara ini, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan kebimbangan mengenai polarisasi kaum yang masih wujud dan mahu semua kaum menunjukkan sikap dan teladan yang jujur untuk mengeratkan hubungan.
Titah Seri Paduka, sebarang bentuk provokasi dan fahaman serta nilai yang bertentangan dengan norma, adat dan undang-undang negara biarpun dilakukan hanya segelintir pihak perlu dibendung sebelum merebak dan menjadi barah kepada kestabilan negara.
“Beta menyambut baik pelaksanaan Pelan Tindakan Perpaduan Negara bagi memastikan agenda perpaduan nasional dapat diterapkan secara menyeluruh menerusi elemen-elemen kepercayaan dan jati diri yang teguh berlandaskan kepada prinisip Rukun Negara.”
Al-Sultan Abdullah menegaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mesti dipertahankan dan pada masa sama penganut agama lain bebas mengamalkan hak-hak dan agama mereka secara berhemah dan aman. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked