Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAJI WAKTU OPERASI KEDAI MAKAN MENJELANG BULAN RAMADAN

DALAM NEGARA

KAJI WAKTU OPERASI KEDAI MAKAN MENJELANG BULAN RAMADAN

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk melanjutkan operasi perniagaan kedai makan menjelang bulan Ramadan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata waktu operasi kedai makan ketika ini tidak menimbulkan kesukaran dan tiada banyak aduan diterima berhubung perkara itu.

“Buat masa ini belum lagi (dilanjutkan) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2 juga belum tamat. InshaAllah kita akan tengok keperluan,” katanya kepada pemberita pada Sidang Media Harian PKP di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai lanjutan waktu operasi kedai makan pada bulan Ramadan yang akan bermula akhir bulan ini.

Ismail Sabri berkata waktu operasi kedai makan yang ditetapkan ketika PKP tidak banyak menimbulkan kesulitan kepada rakyat.

“Keadaan ketika ini tenang dan selesa. Tidak banyak kesukaran untuk mendapatkan makanan dan setakat ini kekal waktu seperti ditetapkan,” katanya.

Ketika ini, kedai makan dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam, terhad kepada perkhidmatan bungkus dan penghantaran sahaja. — AlHijrah Online/ Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading