Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK HILANG DITEMUI LEMAS

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK HILANG DITEMUI LEMAS

MARANG: Seorang kanak-kanak ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah paya di Kampung Gong Beris, Pulau Kerengga petang semalam.

Mayat Muhammad Syafiq Abdullah, 6, ditemui dalam keadaan terapung di dalam kawasan paya tersebut pada jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, kehilangan kanak-kanak lelaki itu disedari ibunya, Siti Maznah Abdul Rahman, 34, pada jam 6 petang semalam.

Kata Mohd Zain, pada mulanya ibunya menyangka kanak-kanak itu bermain di luar rumah seperti biasa, tetapi tidak pulang ke rumah walaupun sudah jam 8 malam.

Wanita itu kemudian memaklumkan kehilangan tersebut kepada adik lelakinya sebelum operasi mencari digerakkan dengan bantuan penduduk kampung.

Menurut Mohd Zain, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk siasatan lanjut. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading