KURMA PREMIUM 100% ORGANIK, AL’AAFIYAH DAN AIR MINERAL ALLA FONTE™ KINI BOLEH DIBELI ONLINE

Last Updated on

KUALA LUMPUR: Setiap kali menjelang Ramadan, semestinya kurma dan air mineral merupakan dua perkara pertama yang dicapai sewaktu berbuka puasa mahupun bersahur. Selain menjadi makanan sunnah, ia kaya dengan nutrisi dan digemari ramai.

Syarikat MOFAZ kini menyediakan rangkaian makanan sunnah iaitu kurma organik Al’Aafiyah yang terdiri daripada Deglet Noor, Deglet Noor Seedless, Deglet Sunnah, Deglet White dan Ajwa.

Turut ditawarkan ‘dates honey’ dan habbatus sauda selain produk kurma.

MOFAZ adalah syarikat milik Bumiputra sepenuhnya. Kurma Al’Aafiyah merupakan kurma 100% organik dan semulajadi diimport terus daripada ladang syarikat MOFAZ di Algeria.

Algeria merupakan negara beriklim sejuk sepanjang tahun, oleh itu dapat menghasilkan kurma yang lembut, tidak begitu kering dan mengandungi rasa manis yang semulajadi. Algeria juga merupakan antara pengeksport kurma terbesar di dunia dan terkenal dengan gred kurma yang terbaik.

Kurma Al’Aafiyah keluaran syarikat MOFAZ mendapat pengiktirafan organik di peringkat antarabangsa Jabatan Pertanian dan Keusahawanan Jerman. Ini bermakna produk Al’Aafiyah tiada bahan kimia atau racun serangga perosak dan pengguna dapat meraih khasiat kurma sepenuhnya.

ALLA FONTE™ pula merupakan air mineral semulajadi keluaran MOFAZ yang berasal daripada sumber bawah tanah dan dihasilkan mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia dan antarabangsa.

Air yang diuji secara global ini diberi pujian kerana komposisi mineralnya yang unik. Air mineral ALLA FONTE™ juga dibungkus dalam pelbagai saiz untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

Dengan keadaan sekarang yang tidak menentu, trend pembelian online telah menjadi ‘the new normal’ bagi masyarakat kebanyakan di Malaysia.

MOFAZ kini menyediakan platform atas talian dan penghantaran terus ke rumah melalui aplikasi Helpy (boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play) dan laman sesawang http://www.f4freshnfrozen.com supaya pengguna boleh mendapatkan keperluan berbuka puasa harian dan menikmati produk keluaran MOFAZ. — AlHijrah Online

Leave a Reply