Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAIWP BERI PENGECUALIAN, PENGURANGAN SEWA PREMIS

DALAM NEGARA

MAIWP BERI PENGECUALIAN, PENGURANGAN SEWA PREMIS

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberi pengecualian sewaan selama tiga bulan bermula April hingga Jun depan kepada penyewa premis kediamannya daripada kalangan kelompok B40.

Pengecualian itu turut diberikan kepada penyewa premis komersil seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dapat beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

MAIWP dalam kenyataannya di sini berkata, bagi penyewa premis kediaman bukan dari kalangan B40, mereka diberikan pengurangan sewaan 50 peratus bagi tempoh sama.

“Pengurangan sewaan ini turut diberikan kepada penyewa premis komersil MAIWP yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang masih boleh beroperasi sepanjang tempoh PKP.

“Pengecualian dan pengurangan ini melibatkan jumlah sewaan RM2.91 juta,” kata majlis agama itu dalam kenyataan di sini hari ini.

MAIWP berkata, inisiatif meringankan beban 240 penyewa premisnya itu selari dengan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

“Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan beban penyewa premis MAIWP dan membantu mereka merancang serta menguruskan komitmen kewangan dalam mendepani situasi ekonomi mencabar ekoran penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Setakat ini, MAIWP memperuntukkan sebanyak RM39.49 juta dana zakat bagi membantu kelompok terjejas dan memerlukan menerusi MusaadahCOVID19 yang digerakkan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading