Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAJLIS ULAMA INDONESIA KELUAR FATWA BOIKOT SYARIKAT BERKAITAN ISRAEL

DUNIA

MAJLIS ULAMA INDONESIA KELUAR FATWA BOIKOT SYARIKAT BERKAITAN ISRAEL

MUI berkata, umat Islam di negara itu perlu menyokong perjuangan Palestin menentang pencerobohan Israel dan mengisytiharkan bahawa sokongan untuk Israel atau penyokongnya adalah haram atau bertentangan dengan undang-undang Islam.

Sumber gambar: Reuters

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa menggesa orang ramai memboikot barangan dan perkhidmatan syarikat yang menyokong Israel sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

MUI berkata, umat Islam di negara itu perlu menyokong perjuangan Palestin menentang pencerobohan Israel dan mengisytiharkan bahawa sokongan untuk Israel atau penyokongnya adalah haram atau bertentangan dengan undang-undang Islam.

Sehubungan itu, Ketua Eksekutif MUI, Asrorun Niam Sholeh menggesa setiap umat Islam untuk mengelakkan sebanyak mungkin transaksi dan penggunaan produk Israel, berurusan dengan mereka yang bergabung dengan Israel serta menyokong penjajahan serta Zionisme.

“Kita tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang berperang dengan Palestin, termasuk menggunakan produk yang hasilnya menyokong tindakan pembunuhan rakyat Palestin,” tegas beliau.

Fatwa MUI yang terbaharu itu menggesa orang ramai memboikot jenama barat yang menunjukkan sokongan kepada Israel dalam perangnya menentang pasukan pejuang Hamas.

Fatwa MUI, bagaimanapun, tidak mempunyai kuasa undang-undang, namun berpengaruh bagi menggalakkan umat Islam di negara berpenduduk majoriti Islam paling ramai di dunia itu supaya tidak mengambil tindakan tertentu yang menyokong Israel.

Indonesia yang menyokong kemerdekaan Palestin, menggesa penyelesaian konflik berdasarkan ketetapan rumusan dua negara yang dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading