Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Penggabungan UMT dan UNISZA akan dilaksanakan enam bulan lagi

DALAM NEGARA

Penggabungan UMT dan UNISZA akan dilaksanakan enam bulan lagi

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

KUALA LUMPUR – Penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang kini sedang dalam proses menyiapkan kerangka pelaksanaan mengambil masa enam bulan untuk direalisasikan.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam kenyataannya semalam berkata, sebuah jawatankuasa khas sedang dibentuk, dianggotai oleh wakil dari kalangan pentadbir, pensyarah, pelajar, serta wakil dari pelbagai agensi dan kementerian serta pihak berkepentingan bagi menggerakkan penggabungan ini.

“Penggabungan ini dilihat sebagai salah satu tranformasi penyampaian pendidikan tinggi terutamanya dalam memantapkan keupayaan universiti untuk mempertingkat kedudukan sosioekonomi, selaras dengan lonjakan 10 Pelan Pendidikan Malaysia 2015-2025”, katanya.

Beliau juga berkata, penggabungan itu selain dilihat berupaya memacu pembangunan industri negeri Terengganu, ia juga dapat menangani persaingan sesama universiti untuk mendapatkan pelajar, kakitangan dan sumber.

“Penggabungan instititusi merupakan satu langkah yang wajar dilaksanakan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan memberi nilai tambah kepada pelajar, fakulti serta komuniti setempat melalui penjajaran semula tenaga kepakaran universiti dan kemudahan insfrastruktur sedia ada yang boleh dipakai,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, langkah menggabungkan institusi pengajian tinggi telah dilaksanakan oleh universiti dan kolej di beberapa buah negara, antaranya University of Manchester dan University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST) di United Kingdom.

Pada 4 September lalu, Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan penggabungan dua universiti tersebut.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading