More in DALAM NEGARA
-
DALAM NEGARA
PANTAU ANAK-ANAK, JANGAN SERAH SEPENUHNYA KEPADA SEKOLAH DAN KERAJAAN – PMX
By Irfan HamzahPerdana Menteri mengingatkan ibu bapa supaya tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak kepada kerajaan dan sekolah...
-
DALAM NEGARA
TAPIR BETINA MATI DILANGGAR DI DUNGUN
By Irfan HamzahSeekor tapir betina dewasa seberat kira-kira 200 kilogram mati dipercayai dilanggar kenderaan hanya kira-kira 100 meter...
-
DALAM NEGARA
LELAKI PANDU MPV ‘BOMBA’ SECARA MELULU ADALAH PENGHIDAP BIPOLAR SEJAK SEMBILAN TAHUN LALU
By Irfan HamzahLelaki yang tular memandu MPV merah bertulis “Bomba” secara melulu dikenal pasti menghidap gangguan bipolar dan...
-
DALAM NEGARA
PELARIAN MYANMAR AKAN TETAP DIHANTAR PULANG – SAIFUDDIN NASUTION
By Irfan HamzahLebih 10,000 warga Myanmar telah dihantar pulang dan kerajaan menegaskan proses itu akan tetap diteruskan selagi...
-
DALAM NEGARA
KTMB TAMBAH TEMPAT DUDUK ETS DAN ERT KEPADA 1.57 JUTA BAGI JANUARI HINGGA MAC 2027
By Irfan HamzahKTMB menawarkan 1.57 juta tempat duduk bagi perkhidmatan ETS dan ERT untuk Januari hingga Mac 2027,...

KUALA KANGSAR, 18 Jun – Sebanyak 36 peratus daripada 32,632 pemilih yang berdaftar, keluar mengundi setakat pukul 11 pagi bagi memilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar yang berlangsung hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata setakat pukul 10 pagi tadi proses pengundian berjalan lancar dan tiada sebarang kekecohan berlaku.
Semua 23 pusat mengundi dibuka tepat pukul 8 pagi dan akan ditutup pada 5 petang untuk proses pengiraan undi sebelum dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Perak.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi pula memaklumkan sebanyak 3,000 anggota polis bertugas hari ini untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.
PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor hari ini berikutan kematian angggota Parlimen masing- masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
BERNAMA