Connect with us

ALHIJRAH NEWS

RAKYAT MALAYSIA DITAHAN DI INDIA BAWA 4 KG GANJA HIDROPONIK

DUNIA

RAKYAT MALAYSIA DITAHAN DI INDIA BAWA 4 KG GANJA HIDROPONIK

Lelaki dari Perak itu menaiki penerbangan Thai Airways dari Bangkok, Thailand ke Chennai pada 8 Ogos.

                                                                                        Foto: Aviation Jeta

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia berusia 54 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India ketika cuba membawa masuk empat kilogram (kg) ganja hidroponik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki dari Perak itu menaiki penerbangan Thai Airways dari Bangkok, Thailand ke Chennai pada 8 Ogos.

“Pemeriksaan pihak Kastam Chennai menemukan dadah tersebut disembunyikan dalam bagasi milik lelaki itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hussein berkata lelaki itu tidak mempunyai rekod lampau dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata suspek akan disiasat mengikut Narcotic Drugs and Psychotropic Substances (NDPS) Act 1985 sementara menunggu perbicaraan.

“JSJN akan terus berhubung dengan pihak Biro Kawalan Narkotik (NCB) India untuk mendapatkan butiran lanjut kes itu dan menyiasat rangkaian sindiket terlibat,” katanya.

Semalam, media melaporkan pemeriksaan X-ray terhadap bagasi lelaki itu menunjukkan imej mencurigakan dan  pemeriksaan lanjut menemukan empat bungkusan mengandungi bahan berwarna kehijauan, berketul serta berbau kuat.

Bungkusan itu disembunyikan dalam ruang khas pada bahagian bawah bagasi daftar masuk dan ujian menggunakan kit pengesanan dadah mengesahkan bahan tersebut positif ganja dengan berat bersih 4.033 kg.–BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading