Pengumuman kerajaan untuk menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) untuk kenderaan kecuali bas bermula 15 Mac 2019 mencetuskan pelbagai reaksi daripada banyak pihak.
Menerusi tinjauan Berita Alhijrah di Jalan TAR, rata-rata peniaga maklum dengan keputusan untuk menutup jalan tersebut.
Namun mereka tidak bersetuju dengan langkah itu kerana ia dilihat akan menjejaskan perniagaan mereka.
Justeru, satu memorandum bantahan telah dihantar kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan pada 15 Februari lalu.
Bagi seorang peniaga, Rhodey Khaider, penutupan Jalan TAR bagi kenderaan akan menyukarkan pelanggan yang ingin menghantar barang.
“Kebanyakan orang di sini akan bawa kereta untuk hantar barang. Kalau tutup jalan, susahlah nanti”.
Ada antara peniaga yang merungut kerana mereka mempunyai pelanggan tetap yang membeli secara borong daripada mereka.
Oleh itu, penutupan jalan itu menyukarkan mereka untuk memuatkan barang yang dibeli ke dalam kenderaan.
Eli Shair yang bekerja di premis perniagaan di Jalan TAR melahirkan kebimbangan kerana pendapatannya bergantung kepada komisyen yang didapati daripada jumlah jualan.
“Kalau jalan ditutup, perniagaan pun terjejas. Kita nak harap gaji lebih daripada komisyen saja”.
Namun, berbeza bagi orang awam yang berkunjung ke Jalan TAR atas pelbagai urusan.
Ada yang mengaku tidak tahu menahu tentang penutupan Jalan TAR.
Apabila ditanya mengenai pendapat mereka, ada antara yang bersetuju dan tidak kurang yang tidak bersetuju.
Bagi Sariah Sahari yang sudah biasa berkunjung ke Jalan TAR, penutupan jalan itu akan membuat laluan di pusat bandaraya bertambah sesak.
“Saya biasa bawa kereta dari Chow Kit. Kadang-kadang kita nak lalu sini sebab mudah. Kalau tutup, kita nak lalu mana?”
Menurut Nur Farahin Omar pula, lama-kelamaan orang ramai akan menerima penutupan jalan itu walaupun sukar diterima pada awalnya.
“Kalau jalan ini tutup, susah sikitlah untuk orang yang dah biasa jalan di sini. Mula-mula mungkin susah untuk orang terima. Tapi lama-lama nanti okeylah”.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan penutupan Jalan TAR sepanjang satu kilometer kepada kenderaan awam bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo, sehingga Jalan Melayu.
Penutupan itu akan bermula 15 Mac.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests